Saturday, February 14, 2009

CARA UPLOADS IMAGES ( MEMASUKKAN GAMBAR KE DALAM BLOG )

Bagi mereka yang mahu gambar mereka disiarkan di dalam blog, anda boleh berbuat demikian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut.
Selepas sign in anda akan menemui dashboard anda, dari situ klik pada NEW POST kemudian klik pada gambar seperti di bawah

Selepas itu akan dikehendaki mengupload gambar anda samada dari PC atau dari alamat yang terdapat dalam web.




Tempoh masa untuk upload images bergantung kepada saiz gambar anda.Untuk mendapatkan gambar yang bersaiz kecil simpanlah gambar anda dalam format GIF.Selamat mencuba, semoga berjaya.

Friday, February 13, 2009

Mula Menulis Blog

Bagaimana untuk menulis blog ?
Menulis blog mungkin tidak sesusah yang anda bayangkan.Sebelum menulis blog anda perlu sign in terlebih dahulu di http://www.blogger.com/start atau klik di sini.Taipkan emel anda dan password yang anda telah daftarkan dahulu.




Setelah mengisi emel dan password yang betul klik pada sign in.Selepas sign in anda akan menemui dashboard anda seperti di bawah.





Dashboard akan memaparkan senarai bog yang anda miliki .Klik pada NEW POST untuk mula menulis blog dan anda akan menemui page seperti contoh di bawah.



Sekarang anda boleh menulis apa saja yang anda inginkan.
Selepas itu, klik pada PUBLISH POST sekiranya anda ingin hasil tulisan anda dipaparkan dalam blog anda.Sekiranya tidak, anda bolehlah klik pada SAVE NOW dan editlah kemudian.Untuk mengedit hasil tulisan anda , anda perlu kembali ke dashboard dan pilih Edit Posts
Selamat mencuba !

Wednesday, February 11, 2009

BELAJAR BUAT BLOG

Blog merupakan suatu istilah yang berasal daripada kata weblog. Weblog dapat diertikan sebagai catatan yang ditulis di sebuah web. Salah satu penyedia weblog ialah blogspot. Cuba anda klik di sini atau masuk ke www.blogspot.com. Maka anda akan melihat pagenya seperti di bawah.


Jom belajar cara buat blog.

Pertama dan yang paling utama sebelum anda membuat blog, terlebih dahulu anda harus sudah mempunyai e-mail. Bagi yang belum punya silakan daftar dulu atau klik di sini. Nah, bagi yang sudah kita teruskan saja.

Cuba anda buka www.blogspot.com . Lihat di bahagian tengah website itu ada perkataan create your blog now atau buat blog anda sekarang. Klik perkataan itu.


Sekarang tahap pertama, anda harus mengisi maklumat akaun anda. Dimana isinya mengenai alamat e-mail ( berguna untuk login/membuka blog ), password, dan lain-lain. Isilah sesuai data yang anda miliki . Apabila sudah silakan klik continue atau lanjutkan.


Tahap kedua, nama blog anda. Nah, berikan nama blog anda. Kemudian untuk alamat blog, namakan alamat blog yang anda inginkan. Misalnya, trik-software.blogspot.com. Atau anda boleh klik check availability atau periksa ketersediaan untuk memberi example alamat blog anda oleh google. Silakan klik continue apabila sudah selesai.


Tahap ketiga, iaitu memilih template blog atau boleh dikatakan memilih tampilan bentuk blog. Anda pilihlah template yang paling tepat untuk desain blog anda.



Lanjutkan dengan klik continue. Maka anda akan menerima keterangan bahwa blog anda telah diciptakan.




Tahniah, sekarang anda telahpun memiliki blog anda sendiri.