Sunday, June 14, 2009
EDIT POSTING
Untuk mengedit posting yang telah dibuat:
-langkah pertama ialah blogger perlu masuk ke dashboard ( gambar bawah )
-langkah kedua klik pada edit post (gambar atas)
-langkah ketiga pilih posting lama yang hendak diedit.kemudian klik pada bahagian edit (lihat gambar di bawah)
-langkah ke-4, selepas selesai membuat edit jangan lupa klik pada butang publish…selesai
Wednesday, May 13, 2009
BUAT LINK DALAM POSTING
( rujuk gambar ). Masukkan alamat URL halaman yang anda mahu buat link dan tekan ok.Selesai
Tuesday, April 21, 2009
CARA UPLOAD GAMBAR PENULIS
Langkah pertama, anda perlu masuk ke dashboard anda seperti di bawah
kemudian klik pada edit photo
klik pada browse dan pilihlah gambar yang tersimpan dalam komputer anda
Gambar anda akan terpapar pada blog anda dan pembaca blog anda sudah dapat mengenali siapa diri anda.
Saturday, February 14, 2009
CARA UPLOADS IMAGES ( MEMASUKKAN GAMBAR KE DALAM BLOG )
Selepas sign in anda akan menemui dashboard anda, dari situ klik pada NEW POST kemudian klik pada gambar seperti di bawah
Selepas itu akan dikehendaki mengupload gambar anda samada dari PC atau dari alamat yang terdapat dalam web.
Tempoh masa untuk upload images bergantung kepada saiz gambar anda.Untuk mendapatkan gambar yang bersaiz kecil simpanlah gambar anda dalam format GIF.Selamat mencuba, semoga berjaya.
Friday, February 13, 2009
Mula Menulis Blog
Menulis blog mungkin tidak sesusah yang anda bayangkan.Sebelum menulis blog anda perlu sign in terlebih dahulu di http://www.blogger.com/start atau klik di sini.Taipkan emel anda dan password yang anda telah daftarkan dahulu.
Setelah mengisi emel dan password yang betul klik pada sign in.Selepas sign in anda akan menemui dashboard anda seperti di bawah.
Dashboard akan memaparkan senarai bog yang anda miliki .Klik pada NEW POST untuk mula menulis blog dan anda akan menemui page seperti contoh di bawah.
Sekarang anda boleh menulis apa saja yang anda inginkan.
Selepas itu, klik pada PUBLISH POST sekiranya anda ingin hasil tulisan anda dipaparkan dalam blog anda.Sekiranya tidak, anda bolehlah klik pada SAVE NOW dan editlah kemudian.Untuk mengedit hasil tulisan anda , anda perlu kembali ke dashboard dan pilih Edit Posts
Selamat mencuba !
Wednesday, February 11, 2009
BELAJAR BUAT BLOG
Jom belajar cara buat blog.
Pertama dan yang paling utama sebelum anda membuat blog, terlebih dahulu anda harus sudah mempunyai e-mail. Bagi yang belum punya silakan daftar dulu atau klik di sini. Nah, bagi yang sudah kita teruskan saja.
Cuba anda buka www.blogspot.com . Lihat di bahagian tengah website itu ada perkataan create your blog now atau buat blog anda sekarang. Klik perkataan itu.
Sekarang tahap pertama, anda harus mengisi maklumat akaun anda. Dimana isinya mengenai alamat e-mail ( berguna untuk login/membuka blog ), password, dan lain-lain. Isilah sesuai data yang anda miliki . Apabila sudah silakan klik continue atau lanjutkan.
Tahap kedua, nama blog anda. Nah, berikan nama blog anda. Kemudian untuk alamat blog, namakan alamat blog yang anda inginkan. Misalnya, trik-software.blogspot.com. Atau anda boleh klik check availability atau periksa ketersediaan untuk memberi example alamat blog anda oleh google. Silakan klik continue apabila sudah selesai.
Tahap ketiga, iaitu memilih template blog atau boleh dikatakan memilih tampilan bentuk blog. Anda pilihlah template yang paling tepat untuk desain blog anda.Lanjutkan dengan klik continue. Maka anda akan menerima keterangan bahwa blog anda telah diciptakan.
Tahniah, sekarang anda telahpun memiliki blog anda sendiri.